NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiket aksi England-Perancis cekik darah

England akan berdepan Perancis di suku akhir Piala Dunia Sabtu ini di Stadium Al Bayt, Qatar. - Foto AFP


DOHA: Tiket untuk pertembungan suku akhir Piala Dunia antara England dan Perancis dijual pada harga 10,000 pound - dengan peminat yang terdesak sanggup membayar 28 kali ganda daripada harga asal untuk menonton aksi berkenaan.

England akan berdepan juara bertahan itu Sabtu ini di Stadium Al Bayt dan dijangka sekitar 9,500 penyokongnya akan menghadiri perlawanan berkenaan bagi memberi sokongan terhadap skuad kendalian Gareth Southgate.

Hampir 800 tiket dilihat cuba dijual semula menjelang pertembungan dua gergasi Eropah itu di Qatar.

Sepasang tiket berharga 175 pound (RM938.5) untuk tempat duduk kategori dua dijual pada harga 5,000 pound (RM26,814) sekeping dengan yuran tempahan 709 pound (RM3,802).

Harga berkenaan hanyalah untuk tiket, penyokong masih perlu menanggung sendiri kos penerbangan dan tempat tinggal.

Bagaimanapun isu kemasukan ke Qatar tidak lagi menjadi masalah di mana peminat tidak lagi perlu menunjukkan tiket bagi mendapat kebenaran masuk ke negara itu sepanjang Piala Dunia. - AGENSI




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo