NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga maut selepas warga emas melepaskan tembakan rambang di tengah Paris

Anggota polis mengawasi lokasi insiden tembakan yang mengakibatkan tiga maut dan beberapa lagi cedera berhampiran dengan Pusat Kebudayaan Kurdish di Paris, Perancis. - Foto EPA


PARIS: Tiga maut dan beberapa lagi cedera selepas seorang warga emas melepaskan tembakan rambang di sekitar pusat kebudayaan Kurdish di Paris, hari ini, lapor rangkaian televisyen Perancis BFM TV.

Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Paris mengesahkan insiden tembakan itu.

"Serangan senjata api dilaporkan berlaku. Terima kasih kepada pasukan keselamatan atas tindakan pantas mereka. Takziah untuk mangsa," menurut ciapan Timbalan Datuk Bandar, Emmanuel Gregoire.

Polis Paris berkata, mereka sedang menangani insiden di Rue d'Enghien dan menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan itu.

BFM TV berkata, suspek lelaki bersenjata berusia 69 tahun sudah ditahan dan motif masih belum jelas. 

Seorang saksi memberitahu agensi berita Perancis bahawa tujuh atau lapan tembakan dilepaskan, menimbulkan kekacauan di jalanan. 

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Perancis, GĆ©rald Darmanin sedang dalam perjalanan untuk melawat lokasi kejadian tembakan maut di Paris.

"Ingatan saya hanya kepada saudara-mara mangsa," ciapnya, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo turut memberi penghormatan kepada mangsa dan keluarga mereka dan berkata bahawa perkhidmatan sokongan psikologi akan dibuka di dewan bandaran daerah pentadbiran (arondisemen) ke-10.

Siasatan telah bermula terhadap kemungkinan kes pembunuhan dengan sengaja. Pendakwa raya berkata seorang suspek berusia 69 tahun kini ditahan. 

Insiden di daerah pentadbiran ke-10 itu berlaku di sekitar pusat kebudayaan Kurdish. Polis menerusi Twitter menyeru orang ramai mengelak kawasan itu. - AGENSI





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo