NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MOTAC cadang peruntukan sambutan Tahun Baharu disalur kepada mangsa banjir

MOTAC mencadangkan peruntukan bagi mengadakan majlis besar-besaran dan sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 oleh agensi kerajaan disalurkan kepada mangsa dan pemain industri pelancongan yang terjejas akibat banjir. - Foto NSTP


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan peruntukan bagi mengadakan majlis besar-besaran dan sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 oleh agensi kerajaan disalurkan kepada mangsa dan pemain industri pelancongan yang terjejas akibat banjir.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata ia selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran serta pembelian pakaian baharu, bagi sesuatu majlis untuk mengelak pembaziran perbelanjaan.

"Keputusan ini dibuat tepat pada masanya dan tindakan terpuji, lebih-lebih lagi di saat negara berdepan peristiwa duka susulan kejadian banjir yang berlaku di Pantai Timur serta tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak.

"Dalam kejadian banjir yang berlaku, ramai pemain industri pelancongan turut terjejas dengan barangan dan premis perniagaan rosak akibat bencana itu.

"Sehubungan itu, MOTAC akan membantu sedaya upaya bagi memastikan pemain industri yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kumpulan penting dalam mempromosikan Malaysia di mata dunia ini, dapat kembali bangkit pasca-banjir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuat keputusan membatalkan penganjuran Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka yang dijadualkan pada 31 Disember ini. - BERNAMA





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo