NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir di Kelantan menurun

Keadaan tiga kampung iaitu Kajang Sebidang, Naga Ibu dan Kubang Sawa di Pengkalan Kubor yang dilanda banjir akibat limpahan Sungai Golok serta aliran daripada daerah Pasir Mas. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR


KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 17,397 sehingga jam 9 malam tadi, berbanding 18,528 petang tadi.

Semua mereka membabitkan 5,818 keluarga ditempatkan di 48 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini.

Sehingga kini, daerah yang masih dilanda banjir adalah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh.

Berdasarkan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, Pasir Mas masih merekodkan mangsa paling ramai iaitu 12,066 orang membabitkan 4,158 keluarga yang di tempatkan di 23 PPS.

Tumpat pula merekodkan 3,986 mangsa membabitkan 1,303 keluarga di 13 PPS, manakala Pasir Puteh merekodkan 690 mangsa daripada 182 keluarga yang ditempatkan di enam PPS.

Sementara itu, Bachok merekodkan 551 mangsa membabitkan 144 keluarga di lima PPS dan Tanah Merah membabitkan 104 mangsa daripada 31 keluarga di satu PPS,

Terdahulu, empat PPS di Kelantan ditutup hari ini membabitkan daerah Kota Bharu, Kuala Krai, Jeli dan Machang apabila semua mangsa dibenarkan pulang selepas kediaman mereka.


Sumber I BH Online



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo