NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada timbalan Menteri Agama dan Menteri Perpaduan, Anwar dilihat tidak serius soal Agama dan Perpaduan?

Mohd Na’im ialah bekas Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia - FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengumumkan pelantikan jawatan timbalan menteri portfolio itu.

Mohd Na'im berkata, ketiadaan timbalan menteri tidak membantutkan usaha menerajui dan menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam di dalam negara.

"Kuasa lantikan di bawah Perdana Menteri. Saya hormati apa diputuskan Perdana Menteri. Sebelum ini, pun saya ada sebut ini tanggungjawab besar dan amanah besar. Maka akan jadi lebih besar dengan ketiadaan timbalan menteri.

"Kita akan cuba sebaiknya dan pikul (tanggungjawab). Saya tengok ada kebaikan, seolah-olah portfolio agama ini penjawat awam yang gerakkan. Insya-Allah, jika kita berjaya gerak, ini menjadi satu isyarat jelas kemampuan penjawat awam," katanya selepas merasmikan Munaqasyah Sekretariat Dakwah Korporat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2022 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Semalam, Anwar mengumumkan pelantikan 27 timbalan menteri, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam pengumuman itu, Anwar tidak menyenaraikan dua timbalan menteri, iaitu di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Perpaduan Negara.

Sementara itu, semasa berucap Mohd Na'im berharap agar Sekretariat Dakwah Korporat dapat melahirkan produk dakwah korporat yang berimpak tinggi dan menjadi 'barisan hadapan' yang akan mengangkat imej serta prestij pengurusan gerak kerja dakwah negara. – BERNAMA


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo