NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada maklumat di mana MB berada, tapi Samsuri turun lebih awal, kata Exco

Exco Terengganu berkata tidak timbul isu Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar tidak turun padang membantu sebab dari awal beliau turun dan susun setiap perancangan menghadapi banjir.


PETALING JAYA: Seorang Exco memaklumkan beliau tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ini.

Bagaimanapun, Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah, berkata menteri besar telah pun turun lebih awal membantu menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir.

“Tiada maklumat (di mana MB), masing-masing sibuk bertugas,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, Samsuri telah meninjau mangsa banjir di beberapa lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) antaranya PPS Rhu Rendang dan PPS Atas Tol.

“MB turun bersama di PPS Rhu Rendang dan Atas Tol. (Turun) lebih awal. Boleh buka FB (Facebook) beliau.

“Tidak timbul isu MB tak turun padang membantu sebab dari awal MB turun dan susun setiap perancangan hadapi banjir,” katanya.

Carian FMT di Facebook Samsuri mendapati gambar terkini memaparkan beliau menyertai program kerajaan negeri adalah pada 10 Dis, iaitu menghadiri majlis jamuan kesyukuran bersama jentera PAS Bukit Gasing, Terengganu pada sebelah pagi; kemudian ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-20 pada sebelah petang.

Samsuri memuat naik gambar pegawai khas beliau, Sabri Zakaria, mewakilinya menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bukit Gasing pada 11 Dis.

Ketika mangsa banjir di Terengganu menghampiri 40,000 orang ketika ini, warganet mempersoalkan kelibat menteri besar negeri itu yang tidak kelihatan di kawasan terjejas.

Ruang komen di Facebook Samsuri penuh dengan pertanyaan daripada pengguna yang mahu tahu di mana beliau ketika ini.




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo