NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tangguh lantik Ahmad Jazlan hanya drama politik PH, Anwar: MP Gerik


Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pernah mengulas mengenai janji Nombor 22, manifesto Buku Harapan PRU-14 berkaitan pelantikan politik dalam GLC.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra yang dibuat Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hanya sebuah drama politik.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Perikatan Nasional Gerik, Fathul Huzir Ayob tidak menolak kemungkinan Anwar yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan membuat pusingan-U dan mengumumkan lebih banyak lantikan politik selepas ini.

“Anwar sendiri mengakui hari ini bahawa “Lantikan politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan diteruskan …” Maksudnya Anwar merancang untuk membuat lantikan politik yang lebih banyak.

“Bagi saya lantikan politik ke agensi kerajaan adalah perkara biasa. Tetapi PH selama ini sering berdrama seolah-olah mereka tidak akan membuat lantikan politik. Sekarang mereka akan terpaksa U-turn selepas sekian lama bermain wayang palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fathul Huzir merujuk kepada kenyataan Anwar yang berkata, wujud kekeliruan berhubung lantikan politik dalam badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pelantikan semula Ahmad Jazlan ke jawatan Pengerusi Felcra diumumkan Zahid, minggu lalu, tetapi semalam, Anwar menangguhkan langkah itu.

“Pandangan saya, tindakan menangguhkan pelantikan Ahmad Jazlan hanya lakonan semata-mata, untuk meneruskan wayang seolah-olah Anwar itu hero Malaya.

“Malahan, saya tidak akan terkejut kalau Anwar melantik diri sendiri mempengerusikan Khazanah.

“Pasti dia akan mencipta alasan demi alasan sebagai justifikasi. Tapi rakyat tahu itulah Anwar yang sebenar, seorang yang penuh dengan wayang dan drama.

“Kita tengok apa akan berlaku dalam 30 hari ini,” kata Fathul Huzir yang juga Setiausaha Bersatu Bahagian Gerik, yang mengalahkan Ketua Pemuda UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo