NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak guna sentuh masa lampau, tumpu siapkan LCS, tegas Tok Mat


PUTRAJAYA:
Tidak guna mengungkit perkara lalu berhubung isu projek kapal tempur pesisir (LCS), sebaliknya Menteri Pertahanan Mohamad Hasan menegaskan mahu fokus memastikan aset ketenteraan negara itu siap dibina mengikut jadual.

“Tidak guna bercakap mengenai masa lampau, tetapi apa yang kita nak capai, itu yang paling penting kerana ia adalah aset strategik bagi angkatan tentera Malaysia.

“Banyak pihak terbabit dalam rundingan itu (LCS), jadi tiada guna…kita perlu tumpukan apa yang kita perlu selesaikan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) 2022.

Mohamad Hasan.

Projek LCS dianggap perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah negara dengan kos keseluruhan RM9 bilion.

Projek itu mencetuskan kontroversi selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada sebuah pun kapal itu disiapkan, walaupun kerajaan sudah membayar RM6.08 bilion kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) yang mendapat projek itu secara rundingan terus.

Mengikut jadual asal, BNS sepatutnya menyerahkan lima unit LCS sejak 2013 hingga Ogos lalu.

Mohamad yang memulakan tugas rasmi di kementerian pada 5 Dis lalu, berkata beliau akan mendapatkan taklimat berkaitan kemajuan projek LCS daripada pihak terbabit dalam masa terdekat sebelum memberikan sebarang penjelasan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, kerajaan akan mengkaji segala permintaan anggota tentera berkaitan isu kebajikan dan perumahan berdasarkan kemampuan negara.

Ini kerana, katanya, negara perlu bersedia kemungkinan jangkaan ekonomi dunia bahawa akan berlaku kemelesetan ekonomi dalam tempoh dua tahun lagi.

“(Segala permintaan anggota) kita akan teliti dengan baik berdasarkan kemampuan negara. Kerana kita kena beri keutamaan dalam keadaan negara bersedia kemelesetan ekonomi dalam dua tahun lagi.

“Jadi kita kena beri keutamaan yang mana kita perlu ada untuk kita pastikan ianya dapat disusun atur dengan baik,” katanya.



........
Komen: Bos engkau dah menyamun wang LCS nak kenang buat apa..


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo