NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Runtuhnya Bersatu Sabah Membuka ruang PAS bergerak bebas di Sabah untuk PRU16 & PRN akan datang


Pada April 2018 PAS Sabah, telah mengumumkan 17 muka baharu daripada 24 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu.

Ini termasuk seorang calon bukan Islam, Satail Majungkat, 61, daripada suku kaum Rungus yang akan bertanding buat julung kalinya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian di Parlimen Kota Belud.

PAS Sabah bertanding di 26 kerusi dengan lapan kerusi Parlimen dan 18 DUN pada PRU14.

Pada November 2022 PAS Sabah membuat ketetapan tidak meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas Perhubungan PAS Negeri Sabah (PPNS) kerana PAS Sabah membuat keputusan menyokong semua calon yang mewakili parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN).

Ringkasnya dalam membentuk kerjasama PAS memberikan ruang kepada rakan gabungan atas kepentingan bersama.

Tapi bila ada pengkhianatan maka PAS akan bertindak dan akan mengajar mereka yang mengkhianati persahabatan.

Ayat 12 dan 13  Perbuatan khianat Munafiq telah mengajar kita bagaimana mengambil tindakan terhadap mereka di Sabah nanti.

“Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.

“Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah.” Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan”, pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).”

SABAH TUNGGU PAS AKAN DATANG...

NASIR RAMLEE

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo