NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahniah PH, BN tapi tiba masa lagu 'siapa sokong penyamun' ditukar - Sindir Shahidan


PADANG SERAI:
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyarankan agar lagu 'Aduh Malaysia' yang sering dinyanyikan penyokong Pakatan Harapan (PH) kepada Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ditukar segera selepas kedua-dua parti itu kini berada di dalam satu kerajaan yang sama. 
 Sindir bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu, lagu paling sesuai untuk dinyanyikan penyokong kedua-dua parti itu ketika ini adalah lagu yang dipetik dari filem Keluarga 69 lakonan seniman P. Ramlee. 
 Bagaimanapun, beliau mengucapkan tahniah kepada BN dan PH atas 'perkahwinan' yang membawa kepada pembentukan kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


"Yang seterusnya (adalah) lagu hoi, hoi ya hoi, mereka semua penyamun itu, (atau lagu Aduh Malaysia), saya ingat kena tukar lagu itu sebab lagu itu (difahamkan) ditujukan kepada UMNO.


"Sekarang ini, oleh kerana UMNO telah berkahwin dengan PH, jadi lagu itu kena tukarlah, macam (kerajaan), Ismail Sabri ada lagu Keluarga Malaysia, (jadi) lagu 'hoi ya hoi' itu memang tidak sesuai, saya ingat lagu-lagu daripada (filem) Keluarga 69 itu sesuai diambil untuk jadi panduan. 
 "Kalau tidak nanti semua orang akan mula menyanyi lagu Aduh Malaysia itu dan (kerajaan mungkin) tidak tahan lamalah (sebab tiada lagu kerajaan)," katanya.

DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM

Shahidan berkata demikian ketika sidang media selepas menyertai 'flashmob' kempen Perikatan Nasional di Pekan Lunas, Padang Serai pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, beliau menggambarkan bahawa kerajaan campuran yang dibentuk ketika ini tidak mampu bertahan lebih lama.

Ia susulan pembentukan Kabinet yang terdiri dari kalangan individu yang kalah di dalam PRU-5 sekali gus menafikan hak ahli Parlimen yang lebih hebat dan berkelayakan.

"(Atas) sebab (itu) mereka terpaksa melantik orang (yang) kalah untuk jadi menteri padahal orang kalah ni orang yang sudah tidak dapat kepercayaan rakyat, tidak wajar (untuk) memimpin lagi, dia jadi pengikut sudahlah ataupun jadi Senator biasa.

"Ini (mereka) lantik jadi menteri contohnya Menteri Dalam Negeri, kalah (di dalam) pilihan raya, selepas itu jadi Menteri Dalam Negeri, sudah pasti dia tidak bagus dari segi sebuah kerajaan yang hebat.

"Sepatutnya, (mereka) lantik (Menteri) dari kalangan ahli Parlimen, ahli Parlimen ini banyak orang-orang yang hebat tetapi tidak dilantik," ulasnya lagi.

Shahidan turut memaklumkan bahawa pembahagian jawatan Menteri juga dibuat secara tidak adil dalam kalangan parti-parti kerajaan.

Sebagai contoh, jelasnya UMNO yang hanya menang di 26 kerusi Parlimen mendapat jawatan Menteri yang lebih banyak berbanding DAP yang menang di 40 kerusi Parlimen.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo