NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat


PETALING JAYA-
Formula menurunkan harga kenderaan yang dikupas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini menjadi isu yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti keadilan Rakyat (PK) itu pernah menyatakan harga kereta Perodua Myvi hanya sekitar RM25,000 tidak termasuk cukai.

Beliau juga sebelum ini mendakwa sekiranya parti itu mentadbir negara, harga kenderaan yang dijual di Malaysia bakal diturunkan.

Orang ramai ternyata ternanti-nanti formula itu setelah Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah setelah berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan bersama parti komponen lain termasuk Barisan Nasional (BN).

Ditambah lagi Rafizi dilantik sebagai Menteri Ekonomi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan barisan Kabinetnya pada Jumaat lalu.

“Sekarang tibalah masanya untuk dia (Rafizi) mempraktikkan segala formula yang dikeluarkan dahulu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan, sesiapa yang nak beli kereta ‘hold’ (tunggu) dulu, tunggu menteri umumkan perlaksanaan formula tersebut,” ujar Azizi Hamid.

“Ada hikmah atas pelantikan beliau (Rafizi),” kata Mohd Saiful Izwan pula.-



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo