NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Suara bantahan PH-BN pada PRN 6 negeri



KELANTAN
, Terengganu dan Kedah insya-Allah akan terus kekal di bawah pentadbiran PAS-PN dalam PRN akan datang. Ini bacaan ramai penganalisa politik. 

Manakala Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bakal tergugat dengan gelombang hijau yang telah melanda PRU15 yang lalu. 

Gabungan PH-BN secara atas kertas dilihat lebih kuat dan boleh menang dalam PRN. Namun, Padang Serai menjadi suatu garis penilai bahawa realitinya berbeza. 

Menunjukkan gabungan PH-BN, pelantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, telatah dan gelagat Menteri Kabinet pastinya memberikan kesan yang mendalam kepada penyokong PH.

Mengambil PRN Johor sebagai study case, secara jelas PH telah diboikot oleh penyokong mereka apabila hanya mendapat 20.48 peratus undi popular berada di tempat ketiga di belakang BN (43.11 peratus) dan PN (24.04 peratus).

Dalam enam PRN akan datang, suara terpendam pemboikotan kemungkinan akan timbul di peti undi mengulangi apa yang berlaku kepada PH dalam PRN Johor.

Manakala BN juga tidak boleh selesa, tindakan bergabung dengan PH-DAP dilihat membelakangkan hasrat dan prinsip perjuangan akar umbi Umno. 

Arus penyokong Umno meninggalkan Umno terus berlangsung. Apatah lagi mereka tidak mampu menahan diheret sama dengan kedangkalan yang datang daripada Menteri PH.

Kerana itu BN sudah tidak boleh berpaut pada undi ahli yang setia seperti dalam PRU14, PRN Melaka, PRN Johor dan PRU15, kerana sebahagian ahli setia dengan prinsip perjuangan melihat kepimpinan Umno sudah curang kepada perjuangan Umno-BN.

Jika PRU15 merupakan sejarah paling teruk kepada BN, maka PRN akan datang BN hanya akan tinggal sejarah sahaja.

Keadaan kini, PH dan BN mahu berpaut sesama sendiri, namun keduanya sedang diboikot dan ditinggalkan oleh penyokong setia sendiri. 

Kelebihan sebagai kerajaan pula nampaknya bertukar kepada kelemahan dan ancaman kepada PH-BN. Contoh, Rafizi dipandang tinggi sebelum ini, bila jadi Menteri bukan sahaja dipandang rendah, malah tidak dipandang lagi.

Prestasi Menteri Kabinet juga bakal membesarkan lagi suara terpendam yang akan memboikot PH-BN pada PRN akan datang. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre
........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. This 1 media is like rubbish dump media....no integrity....

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo