NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sokong BN teraju Pahang, 2 kerusi exco milik PH

PEKAN: Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membabitkan lapan daripada Barisan Nasional (BN) dan dua Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

ADUN BN daripada UMNO yang mengangkat sumpah adalah ADUN Benta, Datuk Seri Mohd. Soffi Abd. Razak; ADUN Kerdau, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; ADUN Bebar, Datuk Mohamad Fakhruddin Mohd. Ariff; ADUN Muadzam Shah, Ir. Razali Kassim; ADUN Pelangai Datuk Seri Johari Harun; ADUN Peramu Jaya, Datuk Mohd. Nizar Najib; ADUN Dong, Fadzli Mohamad Kamal dan ADUN Guai, Datuk Sabariah Saidan.

Sementara itu PH ialah ADUN daripada DAP iaitu Leong Yu Man dan PKR, Sim Chon Siang.

ADUN BN daripada UMNO yang merupakan muka baharu dilantik ialah Ir. Razali; Johari; Mohd Nizar; Fadzli dan Sabariah.

Istiadat angkat sumpah berkenaan disaksikan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pada Isnin lalu, Wan Rosdy sekali lagi dilantik menjadi Menteri Besar selepas mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November lalu menyaksikan BN menang 16 kerusi manakala PN memperoleh 17 kerusi dan PH mendapat lapan kerusi.

BN bergabung bersama PH bagi membentuk kerajaan negeri selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo