NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sivaraj nafi tarik diri untuk PH

Sivaraj menafikan wujud perbincangan antara dirinya dengan kepimpinan parti dalam kerajaan berhubung sebarang tawaran bagi jawatan tertentu. - Astro AWANI


PADANG SERAI: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Serai, Datuk C Sivaraj sekali lagi menyatakan bahawa keputusan untuk menarik diri dan memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Parlimen berkenaan, 7 Disember depan, dibuat tanpa sebarang syarat.
Beliau turut menafikan bahawa wujud perbincangan antara dirinya dengan kepimpinan parti yang berada di dalam kerajaan berhubung sebarang tawaran bagi jawatan-jawatan tertentu selepas beliau membuat keputusan itu.
Tambah bekas Ahli Parlimen Cameron Highland itu, keputusan bagi memberi laluan kepada calon PH, Mohamad Sofee Razak adalah berdasarkan ketetapan yang dibuat BN memandangkan kedua-dua parti itu kini berada didalam sebuah kerajaan yang sama.
"Disebabkan kepimpinan minta saya jangan bertanding, bagi laluan, saya (buat keputusan untuk) beri laluan, itu sahaja, hendak buat syarat (tertentu) kenapa pula? Jadi, tidak ada apa-apa (isu berhubung permintaan jawatan tertentu atau syarat tertentu).
"Sebenarnya, saya berterima kasih kepada Datuk Seri Saifuddin (Nasution Ismail) kerana secara terus di pentas ceramah umum (semalam), beliau bantu saya katakan bahawa Sivaraj ini beri laluan tanpa sebarang conditiondan dia kata akan beri peranan (kepada saya) di dalam Kerajaan Perpaduan.
"Jadi saya ingin berterima kasih (kepada kepimpinan BN, MIC dan PH atas perkara itu), (dan berhubung saya mahukan jawatan tertentu) tidak, saya pun tak minta," katanya.
Sivaraj berkata demikian ketika sidang media khas di Bilik Gerakan BN Parlimen Padang Serai PRU-15 di Kulim Avenue pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, beliau turut mengharapkan agar penyokong dan pengundi BN di Padang Serai dapat memberikan undi kepada calon PH pada hari pengundian, Rabu depan.
Perkara itu, jelasnya, dapat menberikan peluang yang lebih besar kepada PH untuk menang di kawasan Parlimen berkenaan mewakili parti-parti yang bekerjasama membentuk kerajaan ketika ini.
Tambah beliau, hanya dengan kemenangan PH, aspirasi serta tekad yang dibawanya untuk direalisasikan di Parlimen Padang Serai dapat tercapai berbanding calon daripada pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN) diangkat sebagai wakil rakyat.
Semalam, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Padang Serai, Datuk C. Sivaraj akan dipertimbang untuk diberikan peranan yang sesuai dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan itu, 7 Disember ini.

Sumber | Astro Awani 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo