NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siti Nurhaliza teruja bertemu Gordon Ramsay, peminat tunggu kerjasama dua bintang


KUALA LUMPUR:
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza teruja bertemu dengan salah seorang chef selebriti terbaik dunia, Gordon Ramsay dan menyifatkan pengalaman itu sebagai ‘kenangan terindah’.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Siti Nurhaliza yang hadir untuk sesi makan malam di restoran Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Pyramid memaklumkan telefon pintarnya tiba-tiba ‘hang’ (bermasalah) ketika mahu berswafoto.

“Malam yang hebat apabila dapat bertemu dengan master chef Gordon Ramsay. Tapi sayangnya telefon pintar saya ‘hang’,” tulis Siti di kapsyen Instagramnya.

Pelantun lagu Cindai ini hadir bersama suaminya yang juga ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Dalam masa sama, salah seorang peminatnya tidak menunggu lama untuk menghimpunkan gambar idolanya itu dengan memuat naik di TikTok yang mana Siti Nurhaliza dilihat terkesima.

Rata-rata peminatnya teruja melihat idola mereka akhirnya bertemu dengan Ramsay di Malaysia malah ramai di antara mereka berharap Siti muncul dalam rancangan masakannya.

Chef terbaik di dunia yang merupakan anak kelahiran Scotland ini membuat kejutan apabila datang melawat ke restorannya yang beroperasi sejak 18 Jun lalu untuk bertemu dengan para kakitangannya di sini.

Turut hadir di majlis makan malam ialah model terkenal, Amber Chia.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo