NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PBM kecewa tiada wakil selepas pengumuman timbalan menteri


PETALING JAYA:
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng kecewa kerana tiada wakilnya dilantik sebagai anggota pentadbiran kerajaan perpaduan walaupun menjadi parti terawal menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10.

Sng berkata meskipun kecewa dengan perkembangan itu namun pihaknya tidak mahu membiarkan kepentingan peribadi menghalang kepentingan negara.

“Kita (PBM) akan memainkan peranan untuk mengukuhkan asas kerajaan ini,” katanya di Facebook.

Sng adalah satu-satunya Ahli Parlimen dari PBM dengan memenangi kerusi Julau di Sarawak.

Anwar melengkapkan barisan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan pimpinannya apabila mengumumkan senarai timbalan menteri pada malam tadi.

Pada 2 Dis lalu, Anwar mengumumkan barisan menteri yang terdiri daripada wakil dari Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam pada itu, Sng tidak menolak kemungkinan PBM akan bergabung dengan parti lain seperti dirancang sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan PBM dalam masa terdekat untuk menentukan hala tuju parti termasuk cadangan bergabung parti lain.

PBM sebelum ini memohon menyertai BN namun tiada sebarang kata putus diberikan selepas PRU15.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo