NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sistem komputer hospital utama India pulih selepas dua minggu serangan penggodam

NEW DELHI: Beberapa fungsi pelayan komputer hospital kerajaan utama India di New Delhi yang terpaksa ditutup akibat serangan penggodam hampir dua minggu lalu berjaya dipulihkan, menurut polis dan pegawai institut.

Bagaimanapun perbuatan itu ia mengakibatkan penjagaan pesakit terjejas dan tidak diketahui berapa banyak data hilang dari hospital kerajaan persekutuan yang memberi perkhidmatan kepada menteri, ahli politik dan orang awam itu.

Menurut pegawai kanan polis, pada 23 November lalu, beberapa pelayan komputer All India Institute of Medical Sciences (AIIMS), dijangkiti virus mengakibatkan simpanan fail termasuk rekod perubatan pesakit, disulitkan.

"Tiada tuntutan wang tebusan dilakukan untuk memulihkan pelayan berkenaan setakat ini," kata pegawai polis yang namanya disiarkan.

Katanya, pihak polis percaya penggodaman itu dilakukan dari luar India dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk memastikan punca sebenarnya.

Seorang pegawai AIIMS enggan mengulas mengenai penggodaman itu, sebaliknya berkata hospital itu kembali boleh mendaftarkan sebahagian pesakit secara dalam talian mulai semalam selepas pemulihan sebahagian daripada pelayannya.

Sementara itu semalam, seorang pegawai dari Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) yang dikendalikan kerajaan berkata, sistem keselamatan institut itu menyekat beberapa percubaan penggodaman baru-baru ini pada pelayannya.

ICMR memimpin usaha India untuk mengawal penyebaran wabak COVID-19 dan menghasilkan vaksin COVID-19 yang dibangunkan syarikat tempatan dikenali COVAXIN dengan syarikat farmaseutikal Bharat Biotech.

"Kami terus menghadapi serangan ini dengan kerap, hampir sekali seminggu, tetapi sistem keselamatan kami berjaya menyekat serangan ini," kata pegawai ICMR itu, yang enggan namanya disiarkan. - REUTERS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo