NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahidan: Kini masa sesuai untuk PRN di negeri PAS


Sokongan rakyat yang dilihat berpihak kepada PN selepas PRU ke-15 menjadikannya masa sesuai bagi kerajaan negeri-negeri dikuasai PAS untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN), kata Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim.

Menurutnya, situasi semasa menyaksikan rakyat sedang marah terhadap kerajaan susulan pengumuman barisan kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Rakyat menunjukkan rasa marah kepada kabinet dan marah kepada Umno. Orang MIC, orang India pun banyak yang ikut marah kerana tidak diberi pengiktirafan dalam kabinet (tiada wakil MIC dilantik).

"Jadi saya percaya untuk Kedah, Kelantan dan Terengganu, ini masa yang terbaik diadakan PRN selepas selesai pilihan raya Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman. Kita akan menang, insya-Allah," katanya pada sidang media selepas program flash mob kempen PN Parlimen Padang Serai, di Kulim, hari ini.

Shahidan yang kini bersama PN berkata dia percaya gelombang sokongan rakyat seperti yang berlaku di Perlis pada PRU15 akan turut bakal berlaku di Padang Serai dan Tioman.

"Eloklah buat PRN segera sebab pernah berlaku dalam sejarah bila Rasulullah balik daripada peperangan, Rasulullah juga tidak benarkan askar-askar balik ke rumah terus tetapi pergi berperang dengan orang-orang Yahudi yang telah menipu orang Islam.

"Jadi selepas pilihan raya besar ini saya ingat askar-askar kami pun tak balik lagi. Khemah kami, rumah kami ada sini. Kami tak balik terus dengan PRN di Kedah. Saya rasa Kedah pun PN akan sapu bersih," tegasnya.

Sementara itu Shahidan yang juga bekas pemimpin Umno turut menyindir PH dengan meminta gabungan itu menukar lagu tema bertajuk 'Aduh Malaysia' selepas mereka bekerjasama dengan BN.

"Lagu 'mereka semua penyamun' itu saya ingat PH kena tukar. Sebab lagu itu ditujukan kepada Umno, sekarang Umno telah pun berkahwin dengan PH. Jadi lagu itu kena tukarlah.

"Macam Ismail Sabri Yaakob ada lagu Keluarga Malaysia. Saya ingat lagu-lagu daripada (filem) Keluarga 69 itu sesuai diambil untuk jadi panduan," katanya merujuk lagu nyanyian Altimet, yang juga ketua PKR Ampang.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo