NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?


Hanya beberapa hari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik dirinya sendiri menjadi Menteri Kewangan, difahamkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Datuk Seri Asri Hamidin dikatakan diarah bercuti serta-merta.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan tersebut tidak kelihatan semasa majlis sambutan Anwar sebagai Menteri Kewangan di Putrajaya pagi tadi.

Asri dikatakan sedang bercuti bermula hari ini serentak dengan waktu Perdana Menteri melaporkan diri bertugas sebagai Menteri Kewangan, kata sumber.

Asri juga tidak kelihatan dalam sambutan Anwar mengimbas kad perakam waktu (clock in) buat kali pertama pada pagi ini di Kementerian Kewangan, Putrajaya.

“KSP tak sambut (Anwar). Beliau dicutikan.

“Masa mesyuarat pertama Kementerian Kewangan, Anwar dah kata KSP akan ditukar,” kata sumber terdekat di Putrajaya.

Asri dilantik pada 2020 tidak lama selepas Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mula menerajui Kementerian Kewangan.
....
https://www.agendadaily.com



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo