NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Saya diberi mandat memimpin dengan hutang negara lebih RM1 trilion' - Anwar


PUTRAJAYA:
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau diberi mandat memimpin dalam keadaan hutang negara mencecah lebih RM1 trilion.

Beliau berkata, perkara itu bukan fitnah sebaliknya diteliti di setiap agensi yang mana berlaku kebocoran dan ketirisan.

"Saya kerja kuat meneliti fail-fail, sebab itulah beberapa projek ditangguhkan, teliti semula atau batalkan, bukan maksudnya untuk mencerca mana-mana tokoh politik, saya tidak sebut nama tokoh politik.

"Tapi saya kata projek tebatan banjir kerana banjir itu menyeksa rakyat dan yang jadi mangsa itu orang miskin dan majoriti yang miskin itu Melayu

"Sebab itu kalau kita nak belanjakan kita kena teliti , ini soal tadbir urus, mengurus negara itu harus dengan ketertiban, peraturan dan ke arah yang betul.

"Jadi bila saya lihat umpamanya dilulus dengan spontan projek tebatan banjir, syarikat-syarikat dipertikai, beberapa persoalan tidak dijawab, saya minta ditangguhkan dan diteliti semula. Esok saya ke Kementerian Kewangan saya akan kaji, dan itu benar bukan fitnah, memang diluluskan tapi belum dilaksanakan kerana pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana di sini hari ini.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo