NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Satu daripada dua rakyat Malaysia tiada insurans kediaman


SATU
daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan insurans atau takaful bagi kediaman mereka dan 74 peratus pemilik rumah tidak mendapatkan perlindungan insurans bagi impak kerosakan banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad, Shamsul Azman berkata, hasil kaji selidik dijalankan Zurich Malaysia pada September tahun lepas turut mendapati 43 peratus pemilik kediaman tidak tahu isi kandungan rumah iaitu barangan di dalam rumah tidak semestinya dilindungi insurans atau takaful.

"Dengan keadaan kita yang menghadapi banjir setiap tahun saya agak bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi ini, kerosakan daripada banjir besar tahun lepas dianggarkan secara keseluruhannya bernilai RM6.1 bilion.

"Dua perkara yang ketara ialah kerosakan pada rumah iaitu kira-kira RM1.2 bilion manakala kerosakan pada kenderaan dalam anggaran RM1 bilion, jumlah kerugian yang sangat tinggi ini boleh diminimumkan dengan perlindungan takaful ataupun insurans," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Shamsul berkata, hasil kajian itu turut mendapati 59 peratus daripada pemilik kenderaan tidak mempunyai perlindungan mencukupi untuk kerosakan banjir oleh itu, golongan berkenaan disaran menambah perlindungan tambahan peril khas bagi melindungi kenderaan daripada kerosakan berpunca bencana itu.

Bagi perlindungan kenderaan, beliau berkata, polisi insurans dan takaful Zurich Malaysia untuk peril khas memberi perlindungan kepada kenderaan termasuk ketika kenderaan dipandu atau dalam keadaan statik.

Beliau berkata selain itu, Zurich Malaysia turut menawarkan pelan Z-Home Protect Takaful secara konvensional dan patuh syariah untuk melindungi rumah dan isi kandungannya. - Bernama


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo