NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Respon Terhadap YB Rafizi: Formula Tangani Inflasi.

Respon Terhadap YB Rafizi: Formula Tangani Inflasi.

Terima kasih YB Rafizi, beri nasihat kepada pengguna untuk memilih kedai yang murah berbanding kedai yang mahal. Dengan harapan, peniaga yang jual mahal akan menurunkan harga apabila permintaan berkurang, maka inflasi akan turut berkurang.

Itu sifir mudah, konsep permintaan dan penawaran dalam sebuah pasaran yang rasional. Namun YB Rafizi pasti tahu pasaran hari ini tidak rasional, banyak gangguan, banyak kejutan, banyak ketidakseimbangan.
Justeru sebagai Menteri, jawapan yang lebih rasional ialah nyatakan langkah bersepadu di pihak Kerajaan untuk tangani segala gangguan dan ketidakseimbangan dalam pasaran.

Pertama, apakah pendirian Kerajaan terhadap monopoli, kartel, dan kuota. Apakah langkah Kerajaan terhadap pembekal yang menyorokkan stok bekalan. Apakah langkah awal Kerajaan untuk tangani kekurangan bekalan akibat musim hujan ataupun kemarau. Seterusnya apakah langkah awal Kerajaan untuk tangani kekurangan bekalan (cth. ayam, telur, tepung, gula, minyak masak) akibat permintaan yang meningkat mendadak di musim perayaan, samada raya cina mahupun raya puasa.

Jawapan kepada semua soalan ini adalah KUNCI untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan kenaikan kos sara hidup yang membelenggu rakyat, dan inilah SOLUSI bagi menangani gangguan dan ketidakseimbangan dalam pasaran yang serba tidak rasional hari ini.

Salam hormat,

Syahir Sulaiman
23 Disember 2022, Bachok

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian 1Media.my Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo