NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi akan buat video (kencing pengundi) beri pandangan mengenai kerajaan perpaduan


PETALING JAYA:
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, salah seorang tokoh Pakatan Harapan (PH) yang merundingkan pembentukan kerajaan perpaduan berkata semalam bahawa rundingan itu tidak “cantik”.

“Tapi bising di luar,” katanya di Twitter.

Rafizi berkata, beliau akan memberikan pandangannya mengenai kerajaan perpaduan tidak lama lagi menerusi video.

Rafizi adalah antara lapan orang Ahli Parlimen PH yang dinamakan sebagai anggota Jemaah Menteri pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat. Beliau dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (ekonomi).

Jemaah Menteri Anwar dianggotai 15 Ahli Parlimen PH, enam daripada BN, lima daripada Gabungan Parti Sarawak, seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah dan seorang lagi Ahli Parlimen yang bukan ahli mana-mana parti.

Dalam kalangan parti PH, PKR mempunyai lapan kerusi, DAP empat, Amanah dua dan Upko satu.

Penyokong DAP telah mempersoalkan mengapa parti itu secara tidak seimbang diberikan sedikit kerusi walaupun mempunyai Ahli Parlimen paling ramai dalam kalangan rakan gabungannya.

Pengkritik politik turut mempersoalkan pelantikan Tengku Zafrul Abdul Aziz, yang dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri walaupun tidak memenangi kerusi di Parlimen. Beliau telah dilantik sebagai senator, salah seorang daripada empat individu yang menjadi anggota Jemaah Menteri melalui Dewan Negara.



........
Komen: Berapa banyak engkau nak kencing Rafizi?


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo