NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis Israel tembak mati warga Arab berhampiran Tel Aviv


KAFR QASSEM, 29 Jamadilawal 1444H, Sabtu
– Pihak berkuasa Israel menembak mati seorang warga Arab yang tinggal di negara haram itu selepas dia cuba melepaskan tembakan ke arah mereka.

Insiden pada Jumaat itu berlaku di Kafr Qassem, sebuah bandar Arab-Israel di pinggir Tel Aviv dan di luar Tebing Barat yang diduduki.

Menurut polis, individu berkenaan kemudian merempuh polis dengan keretanya.

Katanya, suspek sebelumnya menghubungi polis dengan alasan ‘kejadian ganas’ yang kemudian membawa mereka ke Kafr Qassem.

“Apabila polis tiba di lokasi kejadian dia berlari ke arah mereka dengan pistol dan kemudian masuk ke dalam keretanya serta merempuh mereka,” katanya.

Katanya lagi, tiga pegawai cedera sebelum menghalang suspek dengan tembakan.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Sobhi Bedir mendakwa anak buahnya tidak bersalah.

“Apabila polis membunuh seorang warga Palestin di Israel, mereka mengatakan dia pengganas atau merancang serangan,” katanya.

Keganasan telah meningkat di Tebing Barat sejak Mac apabila Israel memulakan serbuan hampir setiap hari berikutan beberapa siri serangan maut yang menyasarkan rakyat Palestin.

Menerusi satu kenyataan, bakal Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu memuji polis ‘yang kononnya bertindak secara profesional dan pantas untuk menghapuskan pengganas itu, dan mengelak serangan besar’.

Sekurang-kurangnya 150 rakyat Palestin terbunuh tahun ini di Israel, Tebing Barat yang diduduki dan Baitulmaqdis Timur.

Seramai 49 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran tiga hari antara pejuang Palestin di Semenanjung Gaza dan Israel pada Ogos lalu.

Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 2022 merupakan tahun paling dahsyat sejak pemberontakan Palestin 2000-2005, yang dikenali sebagai Intifada Kedua. – Agensi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo