NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertubuhan Rohingya di Malaysia sambut baik Resolusi UNSC mengenai Myanmar

Presiden MEHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani (gambar fail)


KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (MERHROM) pada Jumaat menyambut baik langkah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menerima pakai resolusi mengenai situasi di Myanmar.

Presiden MEHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata resolusi bersejarah itu menyerlahkan mengenai keperluan asas rakyat Myanmar.

Bagaimanapun, beliau berkata resolusi itu gagal memasukkan peruntukan membabitkan larangan pengedaran senjata kepada junta tentera, keadilan dan akauntabiliti serta jenayah genosid terhadap penduduk Rohingya.

“MERHROM berharap UNSC, Amerika Syarikat, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kesatuan Eropah (EU) dan ASEAN termasuk kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan.

UNSC pada Rabu menerima pakai resolusi yang mengecam pencabulan hak tentera Myanmar sejak rampasan kuasa 1 Feb 2021.

Resolusi bersejarah itu diluluskan dengan 12 undi menyokong dan tiga berkecual, merupakan resolusi pertama Majlis Keselamatan mengenai Myanmar sejak negara itu yang dahulu dikenali sebagai Burma memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 1948.

Zafar Ahmad berkata MERHROM amat berharap resolusi itu akan diterjemahkan kepada tindakan tanpa berlengah dan menyeru ASEAN untuk memulakan langkah khas bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai Rohingya dan penganiayaan terhadap rakyat Myanmar.

-- BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo