NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Niaga hadapan emas ditutup dengan tujuh lot diniagakan



KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dengan tujuh lot diniagakan bernilai RM503,224.

Peniaga Phillip Capital Sdn Bhd Edison Lai berkata harga emas COMEX meningkat lebih tinggi hari ini ketika pelabur menunggu pengumuman data inflasi Amerika Syarikat pada lewat hari ini yang boleh memberikan sedikit bayangan mengenai pergerakan kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS.

Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan bulan semerta Disember 2022 berada pada US$1,796.70, manakala Januari 2023, Februari 2023, April 2023, Jun 2023 masing-masing berada pada US$1,800.40 setiap troy auns.

Harga emas fizikal berada pada US$1,800.705 setiap troy auns, dikeluarkan oleh London Bullion Market Association (LBMA) PM, pada 22 Dis, 2022.

-- BERNAMA 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo