NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perbicaraan Ebit Lew bersambung esok

Perbicaraan pendakwah terkenal, Ebit Lew berhubung kes gangguan seksual yang dihadapinya akan bersambung semula pada Selasa di Mahkamah Majistret Tenom.


KOTA KINABALU - Perbicaraan pendakwah terkenal, Ebit Lew berhubung kes gangguan seksual yang dihadapinya akan bersambung semula pada Selasa di Mahkamah Majistret Tenom.

Ebit Lew, 37, atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim pada September lalu hadir ke perbicaraan pertama yang diadakan di mahkamah di daerah itu.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.


Setakat ini, pihak pendakwaan telah menampilkan tiga saksi termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong pada hari ketiga dan keempat prosiding itu berlangsung pada September lalu.

Perbicaraan yang akan bersambung selama tiga hari sehingga Khamis ini melibatkan saksi yang sama dan dijangka lebih ramai saksi akan dipanggil termasuk daripada pihak pembelaan.

Ebit sebelum itu diwakili barisan peguamnya, Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye, manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Sementara itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.


Sumber I Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo