NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembentukan kerajaan Anwar nampak seimbang tapi rapuh



KUALA LUMPUR:
Presiden Persatuan Animasi Malaysia (ANIMASI), Amir Hamzah melihat kerajaan perpaduan hasil pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai keseimbangan, di sebalik kritikan dan luahan perasaan tidak puas hati terhadap pembentukan kabinet.

Bagaimanapun, Amir berkata, keputusan dibuat tetap mengundang risiko sama ada berjaya meneruskan survival atau menjadi kerajaan yang rapuh.

"Keseimbangan dibuat menyeluruh dengan memasukkan individu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman.

"Saya boleh terima senarai kabinet dan teringin untuk melihat hasilnya nanti," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perpaduan tetap berisiko dan menjadi pertaruhan ramai sama ada boleh bertahan atau sebaliknya.

"Tindakan Anwar umpama menyusun 'puzzle' apabila terpaksa membawa masuk individu yang tidak disokong pengundi demi untuk seimbangkan sokongan politik.

"Ini juga boleh dianggap sebagai pengorbanan Perdana Menteri apabila tidak membariskan orang kanan parti PKR dan terpaksa menerima seteru politik di bawah kepimpinannya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ANIMASI turut menyambut baik pelantikan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil sebagai Menteri Komunikasi Digital.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo