NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Niaga hadapan MSM ditutup rendah



KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives susut daripada kenaikannya semalam untuk ditutup rendah hari ini kerana sentimen terjejas oleh penurunan harga minyak kacang soya. 

Peniaga Minyak Sawit David Ng berkata ringgit yang lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama turut mempengaruhi permintaan MSM.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM3,800 satu tan metrik dan paras rintangan pada RM4,300,” katanya kepada Benama.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2022 dan Januari 2023 jatuh RM128 setiap satu masing-masing kepada RM3,911 dan RM3,935 setan metrik. 

Kontrak Februari 2023 jatuh RM125 kepada RM3,969 setan metrik, Mac 2023 berkurangan RM124 kepada RM4,001, April 2023 merosot RM122 kepada RM4,001 dan Mei 2023 merosot RM126 kepada RM3,975 setan metrik. 

 Jumlah dagangan menguncup kepada 72,148 lot daripada 92,531 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 285,882 kontrak daripada 300,412 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan turun RM80 kepada RM4,000 setan metrik.

-- BERNAMA 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo