NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Niaga hadapan MSM ditutup rendah, jejaki kemerosotan minyak pesaing



KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, menjejaki kemerosotan minyak pesaing walaupun data memaparkan eksport minyak sawit yang kukuh pada 10 hari pertama Disember.

Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Sathia Varqa berkata minyak sawit terjejas disebabkan pergerakan harga minyak berkaitan berikutan persaingan untuk mendapatkan tempat di pasaran minyak sayuran global.

Memetik data penyelidik kargo Intertek Testing Services, beliau berkata eksport produk minyak sawit Malaysia untuk tempoh 1-10 Disember dijangka meningkat 5.57 peratus kepada 492,960 tan daripada anggaran 466,963 tan untuk tempoh sama pada sebulan sebelumnya.

 “Laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengenai data eksport minyak sawit akan dikeluarkan esok, 13 Disember. Ketika pelabur menantikan data daripada industri, harapan kepada permintaan yang lebih tinggi di Indonesia berikutan potensi peraturan baharu biodiesel dijangka meningkatkan harga MSM pada masa depan," katanya kepada Bernama.

Syarikat pemeriksaan bebas AmSpec Agri Malaysia pula meramalkan kenaikan 14.25 peratus kepada 480,404 tan pada 10 hari pertama Disember daripada 420,477 tan untuk tempoh sama bulan lepas.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kontrak penanda aras minyak sawit bagi eksport Februari susut di bawah RM3,800 satu tan berikutan kemerosotan minyak kacang soya Chicago dan pasaran minyak sawit Dalian yang menambah tekanan terhadap harga hari ini.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM3,500 satu tan manakala paras rintangan pada RM4,100 satu tan,” katanya.

Pada penutup, kontrak Disember 2022 dan Januari 2023 masing-masing berkurangan RM246 kepada RM3,678 satu tan dan RM3,702 satu tan manakala Februari 2023 menguncup RM258 kepada RM3,737 satu tan.

Kontrak Mac 2023 dan April 2023 masing-masing merosot RM268 kepada RM3,764 satu tan dan RM3,767 satu tan manakala Mei 2023 susut RM247 kepada RM3,778 satu tan. 

Bagaimanapun, jumlah dagangan meningkat kepada 101,639 lot daripada 51,538 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 219,040 kontrak daripada 214,515 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan merosot sebanyak RM130 kepada RM3,900 satu tan.

-- BERNAMA 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo