NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menjawab persiapan pasti dan sriti oleh wartawan the vabe

Soalan daripada wartawan The Vibes semasa sidang media Menteri Pendidikan. Wartawan ini mengaitkan PASTI dan SRITI dengan isu extremis di sekolah. Samaada kerajaan sedang mengkaji untuk memasukkan SRITI ke dalam aliran persekolahan kerajaan bagi menangani isu extremis.

Pertamanya, mengaitkan Pasti dan SRITI dengan extremism adalah 1 naratif yang sangat jahat. Etika kewartawanan saudara perlulah diteliti semula.

Walaubagaimanapun, selaku orang yang terlibat secara langsung dengan SRITI dan PASTI saya ingin memberikan respond awal secara peribadi mengenai isu yang dibangkitkan.
Untuk pengetahuan saudara - PASTI adalah Pusat Asuhan Tunas Islam yang mendidik murid berumur 4 tahun hingga 6 tahun. Di Pasti anak-anak ini diasuh dengan cara hidup Islam dan nilai-nilai murni, adab dan akhlak sebagai seorang insan. Sejajar dengan apa yang dihasratkan oleh Kementerian. Belajar membaca, mengira dan mengaji. Dimana nak selitkan budaya extreme bagi murid diusia begini? Adakah dengan tidak diajar berjoget2 terkinja2 dan menyanyi lagu barat menjadikan kanak-kanak ini extremis? Fikir sebelum bertanya ya saudara.

Seterusnya SRITI, untuk pengetahuan saudara. SRITI ini mendidik murid darjah 1 hingga 6. Sejak dari penubuhan lagi, SRITI telahpun wartakan kepada setiap cawangan untuk berdaftar dengan Pejabat Pendidikan Islam Daerah/Negeri masing-masing. Malah banyak SRITI yang telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bukan mudah2 nak berdaftar dengan PPID ni saudara. Berpuluh ribu modal keluar nak melepasi garis panduan yang ditetapkan agensi2 berkenaan seperti Bomba, Polis, Pejabat Kesihatan, Majlis Daerah, SSM dan lain2 lagi. Ketat saudara nak pastikan tiada idealogi aneh2 yang diajarkan di SRITI. Bukan boleh main-main dengan Majlis Agama.

Ya 1 lagi saudara, SRITI ini menjalankan silibus KPM. Jika KPM ada UPSR, SRITI juga akan ada UPSR. Selain itu silibus Jakim dan Jabatan Agama Negeri pun ada di SRITI. Ini Pendidikan sekolah rendah agama saudara, tiadapun Pendidikan extremis. Malahan saudara, kami ada matapelajaran khas berkenaan adab dan akhlak bagi memastikan murid kami keluar menjadi rakyat Malaysia yang baik dan saling menghormati.

Maafkan saya, namun saudara patut soalkan extremism dalam kalangan murid yang tidak diajarkan silibus KPM dan Jabatan Agama. Yang ada silibus lain yang tidak selari dengan kerajaan seperti Dong Zong UEC. 

Penguasaan bahasa kebangsaan muridnya macamana? Semangat patriotiknya bagaimana? Pembelajaran sejarahnya saudara ada tanya?

Saya menjemput saudara untuk menziarahi kami di SRITI. Ada lebih 150 buah SRITI seluruh Malaysia. Hubungi saya. Saya boleh bawakan untuk lawatan. Saya percaya saudara akan setuju dan jatuh cinta.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo