NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB Terengganu hilang

Aku tak tahu nak jawab apa bila orang tanya aku, MB kat mana? Sebab aku biasa tulis benda yang sahih, aku seboleh-bolehnya cuba elak tulis benda yang tak tahu atau tak betul. Kalau tak tahu jawapan, buat apa nak reka. Yalah, kebetulan berada di tempat dan masa yang salah. Tapi bukanlah MB lakukan jenayah seperti rasuah, fitnah lawan, nak larikan kes mahkamah.

MB dah on the way balik ke Terengganu, sekarang ni, tinggalkan anak cucu, jenguk rakyat pulak kali kedua, kata sumber tu kat aku. Sebelum ni dah buat lawatan banjir gelombang pertama. Boleh tengok jawapan YB Hanafiah Mat berkenaan isu ini.

Tapi ada hamba Allah ni dia bagi tulisan menganjing, nak aku siarkan. Dia kata kalau ikutkan, biasanya MB ada bersama rakyat masa banjir, imej MB akan naik mencanak lagi, apatah lagi PH-BN baru jer memusnahkan harapan pengundi dia.

So bila MB ke keluar negara, jadi isu ni bolehlah dijadikan modal kepada PH-BN untuk belasah MB, paling kurang masa banjir ni, kalau takpun sambung jadi isu masa kempen PRN nanti, sebab mengikut ramalan, di Terengganu, PAS boleh menang 32-0 sebab jahatnya PH-BN menipu orang dia sendiri dan rakyat Malaysia masa PRU15 dulu.

Jadi harapannya dengan ada isu ni, dapatlah jugak, sekurang-kurangnya dua kerusi pembangkang, Nawi dengan Abam Mad kita kekal dalam Dun. Mana sedap berlawan tanpa pembangkang, kan?

Kepada para penyokong PH-BN, harap dapatlah guna isu ni sebaiknya, dalam masa dua bulan. Jangan lama sangat, sebab takut expired, payah pulak nak buat isu lain. Orang Melayu tak pegang isu lama sangat, mudah lupa. Ni orang dah bagi peluang, gunalah sebaik-baiknya

Mana nak defend isu PM kata PAS lawan cabutan judi, isu 600B, isu kontrak Menteri KASA, isu Tengku Zafrul, Skandal LCS, kes rasuah LGE, lantik ahli politik dalam GLC, harga minyak turun, kes Zahid lagi, banyak weii, sian ke macai PH dan BN, kena kerja lebih, tolong sapu bersih bontot Umno, PKR, DAP yang penuh tahi cair tercirit tu. Rajin dia orang ni buat kerja pembersihan, tapi jangan cium pulak, apalagi yang DAP tu. 

Aku baca ni, kata dalam hati....eh, pulak dah, ada jugak yang fikir menganjing gini. Tapi macam betul....aku rasa jer macam betul, janganlah marah šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

*Poster bawah tu yang PAS punya, kalau nak derma, boleh salurkan ke akaun tu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo