NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir di Pahang meningkat petang ini

Sungai melimpah menyebabkan kawasan rendah di Batu Malim, Raub dinaiki air. - Gambar PEMBACA



JERANTUT: Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk apabila mangsa banjir yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah naik kepada 562 orang, berbanding 537 orang pagi tadi.

Setakat jam 6 petang hari ini. seramai 562 mangsa banjir dari 168 keluarga dipindahkan ke 10 PPS, berbanding 537 mangsa banjir dari 106 keluarga di lapan PPS pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata Temerloh masih mencatatkan jumlah tertinggi mangsa dengan 383 mangsa dari 114 keluarga dipindahkan ke PPS Seri Semantan.

"Lipis turut mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir seramai 83 orang dari 27 keluarga di dua PPS iaitu di PPS SK Lubuk Kulit dan PPS Masjid Beletik.

"Di Jerantut 20 mangsa banjir dari tujuh keluarga ditempatkan PPS Balai Raya Kampung Sempadan," katanya 

Beliau berkata, bagi Bera, seramai 27 mangsa dari lapan keluarga dipindahkan ke PPS SK Seri Buntar dan PPS SK Kerayong.

Katanya, di Raub 43 mangsa dari 12 keluarga dipindahkan di empat PPS, iaitu PPS SK Ulu Atok, PPS Masjid Kuala Semantan, PPS Balai Raya Kampung Ria dan PPS Balai Raya Kampung Sengkela.

Dalam masa yang sama Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) merekodkan dua sungai kini berada dalam paras bahaya, iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Triang, Bera.

Tiga sungai berada dalam keadaan amaran iaitu Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran, Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera.

Empat sungai lagi berada pada paras waspada iaitu Sungai Jelai di Lipis, Sungai Dong di Kampung Perluas, Raub, Sungai Semantan di Mentakab, Temerloh dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.


Sumber I BH Online






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo