NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 10 ribu mohon keahlian Muafakat Nasional hanya dalam beberapa jam

KUALA LUMPUR – Presiden Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa menzahirkan rasa terharunya selepas lebih 10,000 orang telah memohon sebagai ahli badan bukan kerajaan (NGO) tersebut meskipun baru beberapa jam permohonan dibuka kepada umum.

Dalam hantarannya di Facebook hari ini, berdasarkan permohonan tersebut Annuar berkata, beliau yakin akan kekuatan baharu untuk meneruskan perjuangan bersama kumpulan orang yang jujur dan ikhlas.

“Subhanallah..baru beberapa jam keahlian MUAFAKAT NASIONAL dibuka,sudah lebih 10,000 permohonan keahlian diterima. Saya amat terharu betapa ramainya diluar sana anak bangsa yang prihatin terhadap agama,bangsa,dan negara serta cintakan muafakat.

“Tiba tiba saya merasa suatu kekuatan baru untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas. Semoga Allah swt memudahkan segala urusan kita seterusnya,” katanya.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional itu mengumumkan untuk menggerakkan Muafakat Nasional bagi meneruskan usaha memupuk nilai-nilai murni ke arah perpaduan dan penyatuan yang sejati yang kini dilihat semakin rapuh.

Pendaftaran organisasi tersebut boleh dibuat melalui pautan http://muafakatnasional.org.my/

Laman media sosial Muafakat Nasional juga boleh diikuti di semua platform termasuk Facebook, Twitter, Instagran dan Tiktok dengan menggunakan nama mymuafakat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo