NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dilantik dalam barisan kabinet

Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng kecewa selepas tiada seorang pun wakil parti itu dilantik ke dalam barisan kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Kata-kata tidak dapat menggambarkan kekecewaan saya," katanya, sambil menyatakan bahawa PBM adalah antara pihak terawal yang menunjukkan sokongan terhadap Anwar untuk jawatan perdana menteri.

Namun dia menambah PBM tetap akan memainkan peranannya dalam mengukuhkan kerajaan Anwar, dengan mengatakan ini adalah demi kepentingan negara.

“Saya akan memanggil untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan PBM dalam beberapa hari akan datang untuk menentukan hala tuju kita ke hadapan.

“PBM akan kekal sebagai parti nasional dan adalah penting untuk kita meluaskan pangkalan kita.

"Saya tidak menolak kemungkinan penggabungan dan pembinaan gabungan dengan parti politik lain, sama seperti yang kita rancang sebelum PRU15," tambahnya, dalam catatan Facebook malam tadi tidak lama selepas Anwar mengumumkan barisan timbalan menterinya.

Anwar telah membuat janji pilihan raya untuk mengurangkan saiz kabinetnya separuh berbanding pentadbiran terdahulu, dan juga mengurangkan separuh gaji mereka.

Minggu lalu, Anwar mengumumkan 28 menteri termasuk dirinya untuk membentuk kabinetnya. Dia kemudian mengumumkan 27 timbalan menteri malam tadi.

Sebagai perbandingan, pentadbiran Ismail Sabri Yaakob sebelum ini terdiri daripada 32 menteri, 38 timbalan menteri. Ini tidak termasuk pelantikan lain yang berpangkat menteri, seperti Muhyiddin Yassin yang berkhidmat sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Anwar mendakwa mendapat sokongan Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak, and Gabungan Rakyat Sabah, Warisan, PBM, dan wakil bebas. Majoritinya dijangka akan diuji dalam undi percaya di parlimen pada 19 Dis.

Daripada jumlah itu, PBM mempunyai seorang ahli parlimen, iaitu Sng, yang merupakan ahli parlimen Julau.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo