NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lantikan Zahid daripada Kluster Mahkamah sebagai TPM sukarkan proses rejuvenasi UMNO

KUALA LUMPUR – Pelantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menyukarkan lagi proses rejuvenasi parti peringkat akar umbi.
Ini kerana, secara terang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghalalkan pemimpin kluster mahkamah diberikan ruang mencorak negara, kata aktivis Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd Syed Nasir.

“Adakah ini adil bagi mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Najib Razak yang merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar kerana akur dengan keputusan rakyat.

“Adakah selepas ini ada pelepasan kluster mahkamah lagi?” soal beliau dalam kenyataan hari ini.

Syed Mohd berkata, akar umbi UMNO dimomokkan dengan pelantikan presidennya sebagai Timbalan Perdana Menteri demi kelangsungan UMNO sebagai sebuah parti orang Melayu yang terbesar dalam negara.

Ujarnya, fokus memulihkan keruntuhan moral serta memberi halatuju yang jelas kepada akar umbi itu sepatutnya lebih utama daripada mengejar kedudukan duniawi.

“Justeru itu, saya mengharapkan tindakan Presiden UMNO tidak membebankan rakyat di bawah.

“Janganlah ada pemimpin UMNO yang berubah pendirian demi kepentingan peribadi, pelantikan Presiden UMNO sebagai TPM bukan tempat untuk dijadikan shelter atau pelindung bagi mereka yang menggadaikan maruah perjuangan akar umbi. Untung secupak, rugi segantang,” katanya. – MalaysiaGazette

 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo