NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Kita tidak tahu apa Allah sedang rancang kepada kita’ - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: “Kita tidak tahu apakah yang Allah sedang rancang kepada kita,” kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Lantaran itu, ujar beliau mohonlah agar Allah mengatur yang terbaik bagi agama, keluarga dan masa depan kita.

“Apakah kesusahan kini untuk kesenangan masa depan, apakah kesusahan ini untuk yang lebih susah akan datang, apakah kesenangan kini untuk musibah masa depan, apakah kedudukan kini untuk Ia lebihkan kemuliaan masa depan,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook beliau, malam tadi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, semuanya dalam ilmu Allah.

“Lantaran itu, dekatkan diri kepada Allah. Mohonlah dan rayulah agar Allah atur yang terbaik bagi kita,” ujarnya lagi.

Pada hantaran yang lain, beliau menyatakan seharian bersama pegawai dan pembantu khas di Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) Cheka mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Agama Islam Daerah Lipis, kelmarin.

Tuan Ibrahim yang juga ADUN Cheka juga mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Majlis Daerah Lipis dan cawangan Pengurusan Air Pahang (PAIP), kelmarin.

“Semoga perbincangan dua hala sebegini dapat membuahkan natijah yang baik kepada rakyat di DUN Cheka serta kawasan dalam Parlimen Lipis ini,” ujarnya lagi.

Beliau turut memaklumkan Pusat Khidmat ADN Cheka akan beroperasi sepenuhnya di bandar Lipis bermula hari ini. – HARAKAHDAILY 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo