NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau terpaksa, jilat ludah kluster mahkamah jadi menteri demi nak kekal PM


KUALA LUMPUR:
Sekali lagi ditegaskan, individu yang berdepan kes di mahkamah tidak boleh dilantik menjadi menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun kata pakar Parlimen, Maha Balakrishnan, seandainya beliau terpaksa berbuat demikian demi membentuk kerajaan yang stabil, mereka wajar hanya diberikan kerusi menteri yang kurang penting.

Beliau memahami situasi yang perlu dihadapi Anwar di mana beliau perlu mengotakan janjinya untuk tidak berkompromi dalam soal integriti pada masa sama memerlukan sokongan individu utama dari UMNO-BN untuk mengukuhkan kedudukannya.

Melihat kepada ketidakstabilan yang berlaku ketika waktu pentadbiran pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di mana ketua-ketua parti termasuk UMNO tidak berada di dalam Kabinet.

“Masalahnya ialah bila keputusan dibuat tentang dasar-dasar kerajaan, sokongan dan penglibatan kesemua parti politik tidak dijamin.

“Jadi apa yang kita boleh saksikan selepas itu ialah pihak-pihak politik dari luar Kabinet dan luar kerajaan akan mengkritik kerajaan.

“Saya nampak kenapa ia penting untuk Anwar mempertimbangkan Ahli Parlimen yang menghadapi kes mahkamah pada masa ini,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Khamis.

Maka oleh hal demikian, kata Maha, jawatan yang tidak melibatkan portfolio yang substantif boleh diberikan kepada individu terbabit untuk memastikan cukup untuk mereka terlibat dalam pembuatan keputusan oleh kerajaan.

Itu juga jelas Maha sebagai langkah untuk mengawal pemberian kuasa kepada seseorang yang menghadapi kes-kes jenayah untuk mengurangkan risiko kemungkinan penyalahgunaan kuasa.


........
Komen: Semua idea nak halal kencing rakyat


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo