NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jumpa di mahkamah lah... kita kisahkan tentang sejarah...

Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor berkata, beliau bercakap mengenai sejarah susulan dakwaannya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkaitan “berperwatakan tidak bermoral”.

Beliau turut mengulangi kesediaannya berdepan Anwar di mahkamah.

“Jumpa di mahkamah…kita kisahkan tentang sejarah,” katanya di Facebook malam tadi yang disertakan beberapa gambar dokumen peguamnya.

Beliau berkata demikian selepas Anwar memfailkan saman fitnah dan menuntut ganti rugi kerana merosakkan reputasinya disebabkan dakwaan itu.

Sanusi didakwa membuat kenyataan itu dalam sebuah ceramah menjelang pilihan raya umum ke-15. Video ucapan itu kemudiannya disiarkan di Facebook.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Sanusi membayangkan beliau menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen, penipu, pengkhianat, munafik dan bukan Islam yang baik.

Anwar menerima pengampunan diraja penuh dari Yang di-Pertuan Agong pada 16 Jun 2018 bagi tiga sabitan terhadapnya – iaitu satu tuduhan salah guna kuasa dan dua tuduhan liwat – atas alasan berlakunya “salah laksana keadilan”.




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo