NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lepas menang, cari Azam Baki, aku cuma melawak aje - Rafizi


Rafizi mula berdalih bila ditanya wartawan ada adakah beliau akan mencari Azam Baki sebagaimana dijanji?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Rafizi Ramli mula berdalih, kerajaan tidak akan mengejar Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, tetapi akan memberi tumpuan untuk memastikan kebebasan badan anti-rasuah itu.

Beginilah sebenarnya politik PH. Kencing merata-rata.


@tenteratrollkebangsaan

♬ Circus (Funny Comical Music) - AndyWarner

“Keutamaan adalah untuk memastikan semua bebas. Setelah kita pastikan tiada campur tangan dan semua bebas, maka semua harus berada di landasan yang betul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bulan lepas, Rafizi dipetik media sebagai berkata, Pakatan Harapan (PH) akan “mengejar” ketua SPRM atas dakwaan penganiayaan politik kerana menyerbu syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd.

Rafizi mendakwa semasa ceramah di Johor bahawa serbuan SPRM itu dilakukan atas arahan Barisan Nasional (BN) untuk menghalangnya daripada membuat kemunculan semula di Parlimen melalui pilihan raya umum.

Azam kemudiannya menafikan SPRM telah menyerbu pejabat Invoke dan memberitahu The Vibes “kami hanya datang bersama tiga atau empat pegawai, menemu bual kakitangan dan mengambil beberapa dokumen kewangan yang berkaitan dan beredar.”

Tindakan Rafizi yang juga timbalan presiden PKR mendapat tindak balas daripada pemimpin Perikatan Nasional seperti menteri dalam negeri ketika itu Hamzah Zainudin dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu, serta Cuepacs, yang berkata, adalah tidak profesional bagi ahli politik menyerang penjawat awam.

Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata, SPRM tidak pernah mendedahkan apa-apa mengenai serbuan itu dan orang ramai hanya mengetahuinya selepas Rafizi menyebutnya.

Beliau menegaskan penjawat awam tidak berat sebelah dan menjalankan tugas mereka secara sah dan profesional.
........
Komen: ..Beginilah sebenarnya politik PH. Kencing merata-rata, lepas tu buat-buat lupa dan berdalih. Berbohong bagi mereka ni perkara biasa sahaja, tiada perkiraan dosa dan pahala......


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo