NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jumlah mangsa banjir Kelantan meningkat


Mohd Fakruruddin Kamruddin, 29, tetap melakukan rutin harian membasuh pakaian walaupun rumahnya di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang, dinaiki air sehingga 0.4 meter sejak Sabtu lalu. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR


KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,929 orang, membabitkan 601 keluarga setakat 9 malam ini, berbanding 1,682 orang pada jam 4 petang tadi.

Semua mangsa ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS), termasuk 39 mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong, yang baru dibuka di daerah Pasir Mas.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, mangsa terdiri daripada 640 lelaki dewasa, 623 wanita dewasa, 615 kanak-kanak lelaki dan perempuan, serta 51 bayi.

Bilangan mangsa banjir di SK Tok Deh juga meningkat kepada 704 orang, malam ini berbanding 680 orang, petang tadi, diikuti SK Gual Periok, yang turut bertambah kepada 532 orang.

Seramai 212 mangsa ditempatkan di SK Kubang Kual, PPS Putat Tujoh (143 orang), SK Sri Kiambang (231 orang) dan Masjid Mukim Padang Licin, seramai 68 orang.


Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo