NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jentera pilihan raya PAS masih dalam keadaan 'panas' bersedia untuk PRN



HULU TERENGGANU:
PAS Terengganu bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan tahun depan.

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, berkata beliau yakin momentum kemenangan parti itu menyapu bersih lapan kerusi Parlimen pada 19 November lalu akan diteruskan di peringkat DUN, sekali gus menawan kesemua 32 kerusi DUN yang dipertandingkan.

"Kita sudah bersedia pada bila-bila masa... ada enam negeri (yang belum mengadakan PRU15 DUN) iaitu tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) dan tiga negeri di bawah PN.

"Bagi negeri di bawah PN iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah, kita sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya ini.

"Sebenarnya tak lama dah... edah sehingga Jun tahun depan kecuali pucuk pimpinan membuat keputusan mengadakan pilihan raya awal iaitu sama ada sebelum atau selepas Hari Raya Aidilfitri atau selepas Aidiladha.

"Tetapi kita (PAS) di peringkat negeri sudah bersedia pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Asean Monsoon Casting Terengganu (AMCT) 2022 Di Pulau Poh, Tasik Kenyir, di sini, semalam.

Mengenai persediaan menghadapi pilihan raya itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat merangkap EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu berkata, jentera pilihan raya PAS masih dalam keadaan 'panas' selepas bekerja untuk PRU15 lalu.

"Semua peringkat daripada pucuk pimpinan hingga ke akar umbi sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi pilihan raya berkenaan... (hanya) tunggu keputusan yang dibuat pimpinan sahaja," katanya.

Menurut Ariffin, keputusan BN bergabung dengan PH dalam kerajaan dikatakan memberi laluan lebih mudah kepada PN untuk menang pada pilihan raya itu nanti.

"BN masuk bersama PH sebagai kerajaan campuran sebenarnya bukan kerajaan perpaduan.... lebih memudahkan kita.

"Kita tunggu keputusan Pulau Tioman dan Padang Serai dan kita jangka dua pilihan raya ini kita menang besar," katanya



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo