NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan peralatkan ‘OKU’ untuk kepentingan politik, aktivis selar PH


Seorang aktivis orang kurang upaya (OKU) menyelar laporan media yang cuba meraih simpati kepada Ahli Parlimen Hulu Langat Mohamad Sany Hamzan dari Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat berhubung ketidakupayaannya dengan menyelar Perikatan Nasional (PN).

Anthony Siva Balan yang merupakan pengasas Reaching Out to Educate the Able-bodied and Care for the Handicapped (Reach) berkata laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung pertikaman lidah antara blok kerajaan dan blok pembangkang semasa undi usul percaya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 19 Oktober lalu adalah berat sebelah.

"Dia yang mula mengganggu, menjerit apabila diminta bangun," katanya merujuk kepada tindakan Sany mencelah ketika Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan peraturan mesyuarat semasa usul itu yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya).

Sany kemudian diminta berdiri oleh Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa).

Beliau kemudian berdiri dan meneruskan pertikaman lidah.

Sany yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Templer sebelum ini mengangkat sumpah dari tempat duduknya sebagai ahli Parlimen di Dewan Rakyat kerana masalah kesihatan selepas menjalani pembedahan.

Menurut Anthony, tiada isu berkaitan ketidakupayaan kerana Sany boleh berdiri selain bersifat membuli dalam Parlimen.

"Ketidakupayaan bukan alasan untuk menjerit dan gunakannya untuk manfaat sendiri."

Katanya, insiden itu berbeza daripada tindakan bekas ahli Parlimen, Ibrahim Ali yang pernah menyuruh Karpal Singh berdiri semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada 2008.

"Karpal lumpuh dari leher ke bawah. Kumpulan kami membantah Ibrahim Ali di Parlimen kerana tindakannya.

"Tetapi beliau (Sany) boleh berdiri. Sesetengah media dan netizen tidak adil kerana menuduh PN menyerangnya atas ketidakupayaannya," katanya.

Anthony yang merupakan OKU sejak lahir dan menggunakan kerusi roda sejak usianya 10 tahun berkata, media dan ahli politik tidak boleh menggunakan isu OKU hanya untuk kepentingan sempit mereka.

"Kami sukakan kerusi roda kami dan tidak salah pun jika ada yang boleh berdiri walaupun berkerusi roda.

“Tetapi jangan manipulasi (isu OKU). Kami tidak mahu dipergunakan di Parlimen."


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. No issue but when the stupid person make it an issue.....stupid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Sany stupid person. Tak isu jadikan isu pandai memekak aje

      Delete

© all rights reserved
made with by templateszoo