NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Jangan ambil tindakan terhadap pendakwah, AJK masjid " - Muhyiddin



KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin meminta pihak berwajib tidak mengambil tindakan terhadap pendakwah dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang berlainan fahaman politik.

Muhyiddin menerusi hantarannya di Facebook, berkata pihak berwajib tidak seharusnya mengekang penyebaran dan pengajaran Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah secara ketat sehingga menafikan mereka menimba ilmu di tempat perhimpunan.

Katanya, pengurusan masjid yang memilih AJK secara demokratik oleh ahli kariah juga tidak harus dipolitikkan dengan menafikan jemaah Islam menguruskan masjid mereka sendiri. 

"Saya membaca berita berkenaan beberapa orang pendakwah terkenal yang dilarang memberi ceramah di masjid dan juga di televisyen. Ada juga yang video Tik Tok ceramah mereka disekat.

"Saya juga melihat video yang viral berkenaan AJK beberapa masjid di Pulau Pinang yang meletak jawatan kerana mendakwa terdapat campur tangan daripada kerajaan negeri berkenaan kedudukan mereka yang dipilih oleh ahli kariah," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau mengetahui ramai pihak berpengaruh termasuk pendakwah bebas dan artis terkenal yang memberikan sokongan terbuka kepada PN pada PRU-15 yang lalu. 

Katanya, ada pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Ini adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi. 

"Selepas PRU selesai, seeloknya tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik.

"Barulah boleh dikatakan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bebas, adil dan kompetitif," katanya.


Sumber I BH Online






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo