NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Idayu mengundi di Sekolah Menengah Tanjung Gemok


ROMPIN:
Calon PERIKATAN NASIONAL pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Nor Idayu Hashim mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok, pada jam 8.30 pagi ini.

Beliau yang mengundi di Saluran 2 kemudian menyantuni para pengundi di ketiga-tiga saluran di sekolah berkenaan.

Sementara itu, sebahagian para pengundi di sekolah berkenaan mula mengundi seawal jam 8.00 pagi sebaik sahaja pusat mengundi itu dibuka.

Kebanyakan mereka adalah golongan dewasa yang turut dibantu ahli keluarga.

Cuaca cerah pada sebelah pagi ini memudahkan para pengundi hadir ke tempat mengundi sebelum jam 8.00 pagi.

Pada PRU15 DUN Tioman ini, Nor Idayu adalah satu-satunya calon wanita yang menghadapi saingan daripada calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas)

Pengundian PRU15 DUN Tioman ditangguhkan selepas calon PN, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lalu.

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. – HARAKAHDAILY 7/12/2022



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo