NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hujan berterusan tahap buruk dijangka di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu hingga Sabtu ini.
MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
"Di Terengganu melibatkan Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun," menurut kenyataan itu.
MetMalaysia turut menjangkakan berlaku hujan berterusan tahap waspada hingga 3 Dis ini membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Pahang melibatkan Daerah Jerantut, Kuantan dan Pekan, manakala Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Kemaman).
-- BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo