NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hujan berterusan, ribut petir landa seluruh negara, tiga hari hingga Rabu

KUALA LUMPUR: Ribut petir dijangka membadai kebanyakan tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, sepanjang hari selama bermula hari ini hingga Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya, memaklumkan beberapa tempat di Pahang, Kelantan dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Kudat) mengalami hujan pagi ini, manakala sebelah petang ini, Terengganu dan Kelantan akan mengalami hujan.

Seterusnya, ribut petir dijangka membadai beberapa tempat di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor serta di daerah Kapit, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Miri dan Limbang, manakala di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Sebelah malam nanti, amaran ribut petir dikeluarkan terhadap beberapa tempat di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sabah (Pedalaman dan Labuan) manakala hujan di satu dua tempat di Perak, Sarawak (Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu) dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Kudat).

Seterusnya, pagi esok, hujan dijangka dialami di Pahang, satu dua tempat di Terengganu, Melaka, Johor, Sarawak (Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei dan Mukah) dan Sabah (Pantai Barat dan Labuan).

Kawasan pantai di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan juga dijangka mengalami hujan pagi esok.

Pada sebelah petang dan malam esok, amaran ribut petir dikeluarkan terhadap beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Satu dua tempat di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka mengalami hujan.

Amaran sama dikeluarkan terhadap daerah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak, manakala di Sabah membabitkan Pedalaman dan Tawau.

Pada Rabu, MetMalaysia menjangkakan berlakunya hujan sebelah pagi di Pahang, satu dua tempat di Kelantan dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Kudat).

Bagi petang dan malam amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu dan Perak serta satu dua tempat di Kelantan.

Berikutnya, amaran ribut petir di beberapa tempat membabitkan negeri Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Johor, satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Begitu juga bagi daerah Kapit, satu dua tempat di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Miri dan Limbang manakala di Sabah, membabitkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo