NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Hari ini, suara Pak Menteri sudah semacam suara Pak Polisi'


Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkongsi puisi terbarunya yang menyentuh mengenai "undang-undang zalim".

Puisi bertajuk 'Kuasa Mengubah Segala-galanya' itu memberi gambaran tentang "reformis jalanan" yang kini di "tampuk kuasa".

Pemimpin PKR itu antara lain mengungkapkan bahawa "Hari ini, suara Pak Menteri sudah semacam suara Pak Polisi".

Puisi itu hadir selepas Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya tidak berhasrat untuk menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Kenyataan Saifuddin itu mengundang kritikan termasuk daripada Pertubuhan Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) yang menggesa pindaan peruntukan yang menafikan jaminan kepada mereka yang didakwa di bawah undang-undang berkenaan.

Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo dari DAP juga menggesa Saifuddin mempertimbangkan semula pendiriannya berhubung akta itu dan menyifatkan pendirian itu sebagai bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH) yang mengakui ia "bermasalah".

Pada Januari 2020, peguam negara ketika itu Tommy Thomas berkata Putrajaya berhasrat untuk meminda Seksyen 13(1) akta berkenaan pada Mac tahun itu. Bagaimanapun, berlaku pertukaran kerajaan tidak lama kemudian.

Dalam sidang media pada 13 Dis lalu, Saifuddin menyatakan bahawa undang-undang itu bukanlah undang-undang penahanan tanpa bicara tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1967 (ISA) yang sudah dimansuhkan.

Dia berhujah bahawa undang-undang itu hanya membenarkan penahanan selama 28 hari dan suspek akan mendapat akses kepada perkhidmatan guaman jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Berikut merupakan rangkap penuh puisi nukilan Hassan.

Kuasa itu manis umpama madu
Tetapi kuasa itu juga racun
Menghitamkan kalbu
Kuasa boleh mengubah segala-galanya
Dulu kita kata undang-undang itu zalim
Kita panggil dia draconian
Akta kuku besi
Menafikan hak asasi
Masa itu kita hanya reformis jalanan
Yang bergelandangan

Kini sudah lain
Dunia sudah berubah
Kita sudah di tampuk kuasa
Nun tinggi di Putrajaya
Dari koridor kuasa
Kita mula bercakap
Tahanan tanpa bicara
hampir sebulan pun tidak mengapa
Demi keselamatan negara
Ketenteraman awam perlu dijaga
Hari ini, suara Pak Menteri
Sudah semacam suara Pak Polisi

Lalu, aku yang berpuisi seperti ini
Dianggap menembak kaki sendiri



........
Komen: Yang lain buta hati buta mata hanya kenyang tembolok.. Itulah PH


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo