NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hampir 50 peratus bangunan di Selangor tiada FC


SHAH ALAM:
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengenal pasti sebanyak 789 premis atau 47 peratus daripada keseluruhan jumlah bangunan di negeri itu tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC).

Pengarahnya, Datuk Norazam Khamis, berkata jumlah bangunan yang tidak mempunyai FC terdiri 394 kilang, bangunan pejabat (129), gudang (117) dan kedai seperti pasar raya, kedai runcit serta pusat beli-belah (67).

Selain itu, katanya, sebanyak 37 hotel didapati tidak mempunyai FC diikuti bangunan asrama (22), hospital serta rumah rawatan (17), tempat berhimpun seperti dewan serbaguna dan rumah kelab (lima) dan sebuah perpustakaan.

"Pemilik perlu peka terhadap undang-undang sedia ada yang mewajibkan premis memiliki FC mengikut Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341).

"Mereka perlu mempunyai sijil itu untuk mengesahkan sistem keselamatan kebakaran di premis berfungsi dengan baik dan boleh mengesan, memberi amaran serta dalam sesetengah keadaan boleh memadam kebakaran secara automatik," katanya kepada Bernama.

Norazam berkata, antara alasan diberikan pemilik premis yang tidak mempunyai FC adalah tidak mengetahui keperluan memiliki sijil itu dan tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menyelenggara sistem pemasangan keselamatan kebakaran.

"Pemilik bangunan yang masih tidak mempunyai FC diminta mendapatkan sijil itu bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Sebenarnya kita juga memberi tempoh 30 hari sebagai peringatan kepada premis yang baru dikenal pasti untuk memohon FC sebagai tempoh penyediaan dokumen terbabit untuk dihantar ke pihak bomba," katanya. - BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo