NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gempa bumi kuat landa Jawa Barat Indonesia



JAKARTA - Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di wilayah Jawa Barat pada Sabtu, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan, namun BMKG memberi amaran kepada orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa susulan.

Gempa itu berlaku pada 4.49 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 52 kilometer (km) barat daya Garut pada kedalaman 118km.

Gegaran dirasai di ibu kota, kira-kira 154km dari pusat gempa dengan bangunan tinggi bergoyang selama beberapa saat ketika gempa berlaku.

Bulan lepas, gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Cianjur, Jawa Barat, mengorbankan lebih 300 orang. - Bernama



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo